Assalamualaikum w.b.t ....
Pertama sekali marilah kita banyak2 bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana atas kehendak serta izinNya dan berkat syufaat Rasullullah s.a.w serta berkat guru dan keramah dan hikmah kedua ibu dan bapa kita ... Alhamdu Lillah kita masih lagi bernafas dan diberi kesihatan yang baik. Bukanlah menjadi matlamat saya untuk menuding jari atau menjadi hakim bagi menyatakan apa yang betul dan apa yang salah, cuma sejak kebelakangan ini hati saya merasa sangat sayu dan terkilan atas apa yang berlaku didalam persatuan. Pelbagai cerita samada yang betul dan yang dongeng telah sampai ke telinga saya. Pelbagai andaian dan pendapat telah dikomentarkan oleh para ahli ... ada yang positif dan ada yang negatif.
Sahabat-sahabatku ...
Di atas apa yang berlaku di dalam persatuan, maka muncullah pelbagai individu yang kononnya berjuang demi kebenaran. Nama-nama seperti Roslizan, cucu tok ayah (blogger), Halim Saad, Budi Alfahmi dan Mejar (B) Anwar sekian hari semakin meniti dibibir para ahli. Golongan ini masing-masing mendakwa berjuang dan bertindak demi menegakkan yang Hak. Hasil daripada rasa tanggungjawab dan kasih terhadap perjuangan yang suci ini, maka terjadilah pelbagai perkara yang menyedihkan seperti pembubaran cawangan Perak, Mesyuarat Agong Luar Biasa Cawangan Selangor dan bermacam-macam lagi. Namun begitu sedarkah kita bahawa kita telah menyimpang jauh daripada prinsip perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Saya masih teringat lagi kata-kata Ustaz Haji Ishak Bin Itam sewaktu saya mula-mula belajar Silat Cekak pada tahun 1996 di cawangan Terengganu. "Kita semua menyembah Allah yang Esa, mengikut satu Nabi, menghadap satu kiblat, berguru dengan satu guru dan berjuang dlm satu persatuan, yang kita nak berpecah pasai apa?" Kata-kata ini juga seringkali diucapkan oleh orang-orang lama dalam persatuan yang kita hormati dan sanjungi kerana komitmen mereka terhadap perjuangan ini.
Pada hari ini, golongan yang kita hormati inilah yang sedang menabur kata-kata yang amat memedihkan hati kita sesama ahli. Mengumpat, mengutuk dan mengeji saudara seagama dan seguru mereka yang pernah menjadi sahabat mereka suatu masa dahulu. Apa dah jadi? Kalau benar masing-masing yang mendakwa diri mereka adalah pejuang demi kebenaran, mengapa sikap yang ditunjukkan tidak mencerminkan jiwa sebagai islam? Saya terfikir sejenak. Di dalam sejarah Islam, Rasulullah telah diperintahkan oleh Allah s.w.t utk berhijrah dari Mekah ke Madinah. setibanya di madinah, Rasulullah telah bertemu dengan dua suku kaum yang selalu bermusuhan sedangkan kedua-duanya Islam iaitu Kaum Aus dan Hajrah. Setelah Nabi satukan kedua-dua kaum ini, barulah baginda mengembangkan ajaran Islam di Madinah. Jadi diri saya yang jahil ini menyimpulkan bahawa Islam itu bersatu dan bukannya berpecah. Rumusan ini saya buat berlandaskan kepada pesanan Yang Mulia Guru Utama (Pak Ak) sewaktu saya mula-mula dilantik sebagai tenaga pengajar pada tahun 2002. "Muhammad itu diutuskan utk menyatupadukan ummah, yang kita pi berdakwah sampai pecah belahkan masyarakat ni sapa suruh, kita ikut sunnah Nabi atau sunnah Azazil. Sebab yang saya faham dalam Quran dok cerita yang Azazil ni kerja depa pecah belahkan manusia". Dan satu lagi pesanan Pak Ak, "kita jgn bergantung dengan manusia, kita kena bergantung sungguh-sungguh dengan Allah. Ada ahli Cekak hanafi kata depa btui pasai depa orang lama. Hang pi tanya depa balik, agak-agak umuq depa dengan Iblis mana lama?
Sahabat-sahabatku ...
Sedang kita asyik berjuang untuk menyelamatkan persatuan yang kita sayangi ini, sedarkah kita tentang matlamat sebenar Almarhum Ustaz Haji Hanafi menubuhkan Pesatuan Seni Silat Cekak Malaysia. Dahulu pun saya kabur dengan matlamat sebenar penubuhan persatuan ini, namun setelah ditemukan oleh Allah s.w.t dengan beberapa orang Arif Billah, mereka menghuraikan kepada saya berkaitan dengan konsep ketuhanan sebenar di dalam Silat Cekak. Pada dasarnya perjuangan di dalam ilmu ketuhanan itu sama. Baik Silat Cekak ataupun persatuan-persatuan yang lain yang berjuang berlandaskan kepada konsep islam yang sebenar. Sebagai contoh, wali songo di negara Indonesia. Ada dikalangan wali songo yang mengajar islam itu melalui persilatan, ada yang melalui seni wayang kulit (sunan Kalijaga) dan bermacam-macam lagi. Tiada seorang pun dikalangan mereka yang mendakwa diri mereka lebih baik dan tidak seorangpun dikalangan mereka yang mendakwa perjuangan wali-wali yang lain ada kekurangan tidak sepertimana yang mereka bawa. Kenapa ini terjadi? Konsep yang diterapkan pd masyarakat ialah betapa kebenaran terbukti bahawa Allah itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana kerana melahirkan jalan perjuangan di dalam mengenalNya dengan pelbagai cara. Disini apa yang penting ialah Penyaksian Kita terhadap kezahiran sifat Allah yang dimaujudkan pada diri manusia.
Mulut kita sering berkata bahawa semua perkara yang terjadi adalah di atas kehendak Allah. Jadi kita mesti serah bulat-bulat pada Allah di dalam menguruskan segala hal. Menyebut kalam Allah adalah lebih senang berbanding mempraktikkannya. Buktinya hari ini, apabila Allah menguji kita dengan sedikit kemelut yang melanda persatuan, pelbagai sifat mustahil Allah Taala telah dizahirkan. Benarkah diri kita telah benar-benar mengenal Allah? Benarkah diri kita benar-benar mengenal Muhammad? Benarkah diri kita benar-benar mengenal guru? Dan apa yang penting benarkah diri kita benar-benar telah mengenal diri sendiri? Kalau persoalan ini masih lagi menjadi tandatanya kepada kita, berlandaskan kepada apa diri kita menyatakan kita berjuang kerana Hak sedangkan yang Hak sendiri kita belum kenal. Saya teringat dengan tulisan pengarang kitab Perukunan Islam. Antara syarat islam yang ditulis olehnya:
1. Sekiranya kamu tidak tahu, maka merujuklah kamu dengan orang yang lebih tahu. Di dalam hal ini berapa ramai dikalangan kita berjumpa dengan guru kita bagi bertanyakan keadaan yang sebenar tentang isu yang melanda kini.
2. Awaluddin Maarifatullah - yakni awal-awal agama itu ialah mengenal Allah. Berapa ramai dikalngan kita yang yakin bahawa diri telah benar-benar mengenal Allah. Diatas bukti apa keyakinan kita disandarkan. Siapa yang telah mengesahkan bahawa kita berada dilandasan yang sebenar? Kalau kita telah mengenal tuhan melalui ilmu ketuhanan, bagaimana cara nak pegangnya, bagaimana cara nak pakainya, bagaimana cara nak melihatnya, bagaimana tanda kita kenal, kita percaya, kita yakin dan kita berharap padaNya? Sebab Hikan Ibni Ataillah telah menyatakan "Kenal diri rata-rata, nescaya kamu mengenal Tuhan yang nyata". Nyata Allah itu ada dan wujud. Bagaimana?
sahabat-sahabatku....
Inilah sebenar pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah untuk diwarisi oleh kita. Dan saya yakin, inilah yang sebenarnya matlamat Almarhum Ustaz Haji Hanafi ingin muridnya dalami dan pegang. Begitu juga Guru Utama kita sekarang Pak Ak. Persoalan masalah dalaman yang melanda sekarang seharusnya tidak timbul sekiranya kita mengenal siapa diri kita, siapa guru kita, siapa Rasul kita dan siapa Tuhan kita yang sebenar. Apa yang dimaksudkan dengan pantun "taat pada guru membawa berkat, sedikit belajar banyak yang dapat". Guru yang mana? adakah Almarhum Ustaz Haji Hanafi, adakah Pak Ak atau siapa sebenarnya guru?
sahabat-sahabatku ...
Rasullah s.a.w telah berpesan kepada kita semua bahawa " Tidak sempurna iman seseorang itu, selagi mana dia tidak mengasihi diri saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri". Diatas apa yang berlaku kini, kita nilailah dimana diri kita. sejauhmana sempurnanya iman kita sebelum kita menyukat iman saudara kita. Sejauhmana keyakinan kita terhadap Allah sebelum kita menyukat keyakinan orang lain dan sejauhmana rapatnya kita dengan Allah sebelum kita menghukum orang lain sebagai pengkhianat dan sesat. Saya merayu pada sahabat semua, agar kembalilah kita kepada jalan yang Hak. Bersatulah kita dibawah payung Ar-Rahman dan Ar- Rahim yang Hak berlandaskan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Kias. Janganlah kita bermusuhan sesama sendiri dan berpecah setelah kita semua bersatu dibawah satu Bai'ah Musyahadah guru. Bagi mengelak sebarang keraguan dan persengketaan di dalam menentukan pengganti guru yang sebenar, kita kembali kepada zaman krisis 1993 dimana calon guru utama akan menjalani ujian sijil tinggi bagi meyakinkan orang ramai bahawa dialah guru yang mewarisi ilmu Al-Hak. Wassalam ..
Cicit Tok Adam .......